Lokasi para pengunjung global di Blog ini

Easy Money With One Click

Dish Pointer - Untuk anda yang mempunyai hobi memasang FTA Satellite Dish. Sila taip lokasi anda.

Musik Latar Blog Williborn@Sinsilog.Blogspot.Com

Video Klip Pilihan 2010

Shakira - Waka Waka (This Time For Africa) Iyaz - Solo Justin Bieber - Baby Lady Antebellum - Need You Now Train - Hey Soul Sister

Selasa, Oktober 06, 2009

Makan untuk mengalas perut atau makan untuk menyedapkan perut...


Donat...Makanan ini pada asalnya diperbuat daripada adunan Tepung, Gula dan sedikit bahan penaik (Baking Powder). Di luar bandar kuih ini boleh didapati di Tamu, Gerai-gerai, Pasar Tani, Kedai Kopi, Warung dan gerai di tepi jalan. Ianya dijual pada harga 3 seringgit atau 2 seringgit bergantung kepada sais bulatannya. Proses pembuatannya lebih rumit kerana pada asasnya dibuat menggunakan tangan dan kuali domestik. Kuih ini sangat popular untuk hidangan sarapan pagi atau sarapan petang.

Berlainan pula dengan Donat seperti dalam gambar ini....Asas adunan ditambah dengan lapisan krim, mentega, cheese, kacang, Chocolate dan macam-macam lagi. Terdapat juga berbagai-bagai lakaran ataupun lukisan corak di atasnya semata-mata untuk menaikkan selera. Donat jenis ini memang lazat dan sedap....... tidak dapat dinafikan keistimewaan rasanya tetapi ia tidak dijual dengan harga 3 seringgit ataupun 2 seringgit. Harga sebiji adalah RM2.60 dan bergantung kepada jenis serta perasanya. Di Kota Kinabalu ianya boleh didapati di Kompleks Warisan Square iaitu blok bangunan yang bersebelahan dengan Center Point.

Persoalannya di sini ialah apakah kita sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengalas perut ataupun kerana mahu menyedapkan perut? Patutkah kita berbelanja mahal untuk keluarga yang besar? Terpulanglah kepada budi bicara masing-masing....fikirkan dahulu, senang kemudian. Untuk sekali sebulan tu bolehlah...tapi jangan sampai setiap hari..."Kadar-Kadari" kata orang kadayan Labuan. Hehehe...

Jumaat, Jun 19, 2009

Tahniah buat Bro Badadang, Semoga sampai ke jinjang pelamin.

Labuan, 19 Jun 2009 - Paparan kali ini adalah berkenaan dengan cerita tentang hal kekeluargaan saya. Disebabkan belum ada idea-idea baru yang datang untuk diselitkan dalam blog ini, saya harap yang ini pun memadai untuk dikongsi bersama. Kalau Si Lala hari tu ada memaparkan hal/peristiwa yang hampir serupa, saya pun tidak mahu ketinggalan untuk memuatkan cerita yang sama di blog ini...hehehehe.. Pertama sekali saya ucapkan "Tahniah" kepada si macho di dalam gambar ini...siapa lagi kalau bukan si bro Badadang... Pada 07/06/2009 yang lalu bro Badadang selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis manis pilihannya di Tandek, Kota Marudu. Memang sama hebat dan sama padan kannn... Yang sorang tu hensom & Macho dan yang sorang lagi tu cantik & manis orangnya...Tahniahhh... Dipendekkan cerita, sebenarnya rombongan si Badadang ke Kota Merudu tidaklah begitu ramai dan hanya disertai oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja termasuk saya sendiri. Rombongan yang diwakili oleh kalangan adik-beradik, ipar, sepupu dan anak buah si Badadang seramai 8 orang berangkat dari Kota Kinabalu (Muzium Sabah) se-awal jam 09:00 pagi menggunakan kereta pacuan 4 roda (4x4) dan singgah sebentar di pekan Tuaran untuk 'Breakfast'. Lepas itu rombongan meneruskan perjalanan melalui jalan Sulaman-Kota Belud dan sampai ke destinasinya pada kira-kira jam 12:40 tengahari. Sesampainya di sana, acara pun terus dimulakan dengan suai-kenal dan seperti biasa pengenalan tentang adat-istiadat orang-orang dusun Kimaragang dan seterusnya bla, bla,bla... Sebenarnya kami bercadang untuk balik ke Kota Kinabalu lebih awal iaitu jam 2:30 petang tetapi terpaksa ditunda sebab Ketua Kampung pihak perempuan belum ada bersama dan hanya muncul pada jam 2:20 petang untuk menjadi saksi kepada pengurusan pertunangan si bro Badadang. Setelah semuanya selamat dan selesai, kami kembali semula ke Kota Kinabalu pada hari yang sama iaitu pada jam 5:30 petang dan selamat kembali ke destinasi pada kira-kira jam 7:30 malam. Perjalanan yang jauh dan agak memenatkan tapi demi untuk bro Badadang, kami sanggup menemaninya atas nama kekeluargaan.

..Begitupun, kelihatan Bro Badadang masih terus tersenyum...Di kirinya ialah sepupu kami iaitu Bro Julius Guduk merangkap ketua rombongan, juru-runding dan mewakili pihak Ketua Kampung pihak lelaki.


Bro Badadang bersama dengan Senior Bro Philip dan Isteri... Saya jadi juruvideo dan jurugambar pada hari tersebut...


Acara menyarungkan cincin di jari.."Steady ko Brother, jangan begagar..hehehe..."


Acara memotong Kek Pertunangan.."Bah,..jangan ko main jauh-jauh Bro...berdiri dekat-dekat.."


Tunang si Badadang bergambar bersama Isteri sia untuk kenang-kenangan...


Sis Lia dan Suami...turut serta dalam rombongan.


.....Rupanya ada juga muka sia sama si Bro badadang hari tu...hehehe...


...Lagi gambar untuk kenang-kenangan...


...Nah, inilah dia wajah Bro Julius yang sedang menghiburkan hadirin bertajuk "Hani..." dalam sesi Karaoke...memang best dia nyanyi..si Bro Badadang pun ada nyanyi juga tapi sia tia sempat Snap...


....dan ini pula adalah acara "ARAMAITII...", yang mana memang sudah menjadi kebiasaan bangsa kita (Kadus) sebap kalau tiada acara ini memang ada lah kekurangannya...hehehe...jangan minum sampai "kalapik"...nanti tia sedar mulut kena jilat anjing....hehehe...

Khamis, Mei 21, 2009

Sekatan Jalan JPJ: Antara kebaikan dan Keburukannya.















Labuan, 21 May 2009. Jabatan Pengangkutan Jalan atau lebih dikenali sebagai JPJ adalah sebuah badan/agensi kerajaan yang bertanggungjawab tentang bidang penguatkuasaan undang-undang semua jenis pengangkutan jalan seperti Kereta, Motosikal, Bas, Pickup, Lori muatan kecil/sederhana, Lori muatan besar, Lori panjang atau lebih dikenali sebagai 'Trailler' dan apa jua kenderaan yang menggunakan jalanraya kecuali Basikal.


Antara penguatkuasaan yang sinonim kepada kita sebagai pemandu adalah seperti Lesen Memandu, Lesen pengangkutan (GDL), Cukai Jalan Kenderaan dan Kad Pendaftaran Kenderaan. Selain dari itu, mereka juga berkerjasama dengan PUSPAKOM dan pihak Polis Terafik dalam hal-hal yang berkaitan dengannya. Dalam kiriman saya kali ini, saya ingin mengutarakan sedikit tentang Kebaikan dan keburukan bila ada sekatan JPJ seperti dalam gambar yang saya ambil dengan HP (kamera digital terlupa bawa...) dan terlebih dahulu ingin meminta maaf sekiranya gambar tersebut kurang memuaskan.

















Van di hadapan sedang berusaha memotong kenderaan lain tanpa sebab yang diketahui...mungkin pemandu /penumpang sudah terlewat dan ingin sampai ke destinasinya secepat yang boleh. Tindakan seperti ini boleh mengundang kemalangan kerana menukar lorong dengan tiba-tiba tanpa memasang "Signal"....Boleh dikategorikan sebagai pemandu yang tidak berdisiplin.



Kebaikan Sekatan;

1. Mengingatkan kita bila tempoh Lesen Memandu luput.
2. Bila Cukai jalan Luput.
3. Memastikan keadaan kenderaan kita selamat untuk digunakan di Jalanraya.
4. Mengurangkan sifat ingin berlumba di Jalanraya (Memandu terlalu laju).
5. Memastikan keselamatan diri kita (Pemandu) dan orang lain (Penumpang & Pejalan Kaki).
6. Patuh akan peraturan dan undang-undang (Had laju, penggunaan Tali Pinggang Keselamatan dan sebagainya).
7. Pesalah jalanraya dapat dikurangkan.
8. Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan rasa tanggungjawab.
















Beginilah keadaannya bila sekatan tersebut dibuat..Kedua-dua lorong terus jadi sesak sehingga mencapai jarak sejauh 500 meter..... di Selekoh pula tu... memang tidak kena pada tempatnya.



Keburukan Sekatan;

1. Sekatan tidak kena pada tempat dan masa.
2. Sekatan selalu dibuat pada tempat yang tidak kelihatan dari jauh terutamanya selekoh.
3. Tiada papan tanda amaran atau papan tanda pemberitahuan pada jarak yang sepatutnya.
4. Kederaan yang di hadapan tiba-tiba menekan Brek dan membuatkan kita cemas di belakang.
5. Sering menyebabkan kenderaan di belakang melanggar kenderaan di hadapan.
6. Keadaan sesak kerana tiada jalan pintas/simpang alternatif untuk dilalui.
7. Ramai pekerja akan terlambat untuk sampai ke pejabat untuk bertugas.

Rabu, Mei 06, 2009

Wajarkah orang yang mempunyai rekod terburuk dan tabiat yang memalukan dianggap sebagai 'Wira' atau 'Pejuang' kepada rakyat? Apa Komen anda?....


Labuan, 05hb Mei 2009. Salam sejahtera, kiriman saya hari ini adalah berkisar kepada perkembangan politik semasa di Labuan. Kiriman ini tidak bertujuan untuk menuduh sebarangan atau menjatuhkan seseorang tanpa sebab-sebab yang nyata/munasabah serta bukti-bukti yang sahih. Sebagaimana yang mungkin anda semua sudah sedia maklum, isu ini sedang hangat diperkatakan di dalam tabloid/akhbar-akhbar tempatan mahupun nasional, media elektronik dan lamanweb dimana kredibiliti pemimpin yang dimaksudkan bagai "sudah pecah tembelang".

Orang yang dimaksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu matan MP Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman. Mari kita selami kerektor kotor dan sifat buruk beliau sebelum menjadi MP dan semasa menyandang gelaran sebagai Ahli Parlimen Labuan yang juga sebagai ketua UMNO Labuan semasa era beliau selama dua pengga
l;

1. Sebelum beliau menceburkan diri dalam politik, beliau pernah berkerja sebagai jurujual kenderaan 'Hyundai' dimana showroomnya terletak di Kampung Sungai Keling. Sepanjang beliau berkerja di situ, terlalu ramai pelanggan yang telah ditipu oleh beliau dari segi Wang Tunai. Para pendeposit rata-rata menjadi mangsa penipuan apabila kereta yang dipesan tidak sampai-sampai, tiada rekod pesanan dan resit deposit tidak dikeluarkan. Bayangkan wang deposit RM$$$ tiada dalam akaun syarikat tempat dia berkerja dan beliau sendiri dengan berani mengatakan "Mana ada kita bagi aku liau...dan bla,bla,bla" sehingga pelangan naik darah. Jadi mana perginya wang-wang tersebut kalau bukan ke dalam poket beliau. Mahu lapor di balai pun memang tidak boleh sebab ketiadaan dokumen hitam-putih atau resit.

2. Semasa beliau me
masuki Negara Brunei Darussalam suatu ketika dahulu, beliau pernah diusir keluar dari negara tersebut atas kes yang sama (Penipuan). Apabila beliau disenarai hitamkan untuk memasuki Brunei, dengan begitu mudah beliau sekali lagi menipu dan kali ini pihak kerajaan Malaysia pula yang tertipu iaitu Jabatan Imigresen dan Polis. Beliau melaporkan yang kononnya IC dia telah hilang dan memohon untuk yang baru. IC lama beliau menggunakan nama sebagai Ahmad Suhaily Abdul Rahman dan manakala MyKad baru beliau menggunakan nama yang terkini iaitu Suhaili Abdul Rahman. Tujuannya adalah untuk membolehkan beliau masuk-keluar-masuk semula ke Brunei secara bebas dan akhirnya taktik tersebut pun berjaya.


3. Beliau kemudiannya berjinak & bermain politik selepas mengahwini kerabat diraja Pahang (Bini kedua...Isteri pertama adalah orang Labuan) dan entah apa sumbangan beliau terhadap kerajaan Pahang...tiba-tiba pula mendapat gelaran "Datuk" oleh Sultan Pahang...mungkin pasal Isteri golongan kerabat kot...dan bermulalah dia bergelar Datuk Suhaili Abdul Rahman. Orang-orang Pahang manalah tahu-menahu tentang kes sebenar beliau di sini,..habis orang Pahang dan kerabat Sultan Pahang di kelentong...hehehe.

4. Seterusnya kebodohan orang Labuan yang menyokong/memenangkanya sebagai Ahli Parlimen (MP) termasuklah UMNO pusat sendiri. Adakah seorang yang sudah terbukti digelar 'Penipu' diundi dan dilantik sebagai pemimpin Labuan. Apa lagi...Bermaharaja-lela bah si beliau...Peruntukan persekutuan RM$ juta entah kemana..Tidak terlihat pun pembangunan yang ketara... yang nampak nyata ialah keadaan Jalan-raya, kemudahan awam, deretan kecil bangunan kedai dan infrastuktur lain tetap tiada perubahan.

5. Sikap atau 'Attitude' beliau sebagai penipu tetap begitu sebati dalam dirinya. Ramai kontraktor-kontraktor kecil yang hampir lemas/gulung tikar akibat sifat beliau yang 'Hisap darah'. Bayangkan apabila beliau bersarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam samada di kedai kopi, restoran mahupun hotel 3 bintang, para kontraktor jugalah yang dipaksa melangsaikan bil (Siapa suruh suka membodek...hehehe..). Bukan sahaja bil makanan tapi saya dengar sampai bil Astro, Elektrik, Air dsbnya pun dilepaskan kepada si kontraktor untuk membuat pembayaran. Boleh dikatakan datuk ini dapat 'Free' segala-galanya (Susah mau cakap bah....).

Kalau diulas secara terperinci kes tersebut, boleh dikatakan sama seperti dari Perlis sampai ke Sabah jaraknya. Jadi apa pendapat anda tentang pemimpin sedemikian? Mengikut berita terkini, beliau telah pun digugurkan sebagai Ketua UMNO Labuan dan kes penipuan permohonan kewangan (Bank Loan) termasuk kes 2 IC serta keraguan-keraguan lain kerajaan yang berkaitan kini sedang difailkan di Mahkamah dan sedang disiasat dengan terperinci. Beliau kini berada dalam tahanan sementara polis. Semua harta-benda kepunyaan beliau sudah disita sementara menunggu kes Mahkamah.

Jumaat, April 03, 2009

Anda meminati Bunga?...Apa pendapat anda tentang mimpi bunga-bungaan?.

Apa pendapat anda tentang Bunga?... Bunga biasanya boleh dilihat dimana-mana terutamanya di halaman rumah, Taman dan di tepi-tepi jalan atau pembahagi jalan. Ianya dijadikan sebagai hiasan atau lanskap untuk mencantikkan pemandangan persekitaran. Majoriti peminat-peminat bunga adalah terdiri daripada golongan Hawa (Wanita).

Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa kaum lelaki juga mempunyai minat yang sama tentang bunga-bungaan malah ada golongan ini yang lebih arif tentang penanaman dan penjagaannya serta amat kreatif daripada wanita dari segi lanskap dan gubahan hiasan seperti yang sering kita lihat di kaca TV atau diterbitkan dalam majalah.Untuk peminat-peminat seni, lain pula halnya. Rata-rata mereka mengabadikannya dalam lukisan atau dengan lensa kamera (Gambar) dimana bunga tersebut dijadikan sebagai penghias dinding ataupun dibukukan. Bunga juga sering dikaitkan dalam kata-kata, syair, puisi dan pantun.


Apa pendapat anda bila bermimpi tentang bunga-bungaan?..Bagi pendapat saya ialah ianya lebih daripada hiasan. Gambar-gambar bunga yang saya sendiri rakam dengan kamera ini sebenarnya ditanam dihalaman rumah tapi setelah melihat dengan teliti, ada sesuatu yang menggamit difikiran tentang keistimewaannya yang terserlah. Bukan sahaja tentang kecantikan dan keindahannya tapi sedikit sebanyak telah mengungkai tentang kehidupan manusia di alam duniawi yang kita tak sedar. Disini ada kesamaannya tentang kehidupan kita di alam yang kedua iaitu di alam Surgawi dimana ianya mungkin menceritakan tentang kehidupan yang tenang dan permai. Sesuatu yang kita lihat sekarang sebenarnya mungkin bersamaan dengan apa yang ada pada kehidupan kekal setelah kita pergi meninggalkan semua yang ada dibumi untuk selamanya.

Dalam tidur, adakah anda pernah bermimpi tentang anda sedang berada di suatu kawasan padang luas yang mempunyai bunga-bungaan yang cantik-cantik warnanya?....dan anda seorang sahaja yang sedang berdiri disitu tanpa melihat seorang pun manusia berdekatan dengan anda atau berada disekitar padang bungaan yang begitu tenang dan damai. Secara ikhlas, saya ingin berkongsi dengan kekawan blogger semua bahawa mimpi seperti ini pernah saya alami beberapa tahun yang lepas dan syukur kerana tiada apa-apa kejadian aneh yang berlaku terhadap saya mahupun seluruh keluarga selepas mimpi tersebut kerana ada orang-orang yang arif menterjemah tentang mimpi mengatakan bahawa sesuatu yang mungkin tidak baik atau kejadian buruk akan berlaku disebalik mimpi sedemikian.

Hakikatnya, sampai kehari ini saya percaya dan menganggap ianya sebagai sesuatu yang indah tentang Roh dimana saya berjaya sampai ke alam sedemikian walaupun hanya dalam mimpi. Syukur kepada Tuhan yang Esa kerana atas limpahan kurnianya manusia diberi peluang untuk terus sedar dan bertobat tentang ketamakkan atau kelalaian..PEACE..


Selasa, Mac 10, 2009

Jambatan Labuan - Membakut bernilai lebih 1 Billion???..


Labuan: 10 Mac 2009 - Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) Datuk Suhaili Abdul Rahman dipetik sebagai berkata bahawa Jambatan menghubungi Labuan dan tanah besar Sabah akan direalisasikan tidak lama lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa cadangan jambatan Labuan-Sabah akan menjadi kenyataan. Beliau berkata demikian kepada pemberita dimana laporan penuhnya menjadi tajuk utama muka depan Suratkhabar tempatan iaitu "Daily Express" pada 7 Mac 2009.

Kos pembinaan jambatan tersebut dianggarkan melebihi 1 Billion dan dijangka siap dalam tempoh 5 tahun. Kerajaan mencadangkan bahawa ianya sebagai insiatif pihak sewasta/sektor sewasta dan dianggarkan menelan belanja sebanyak RM550 juta iaitu sejauh 15 batu nautika. Pembinaan jambatan ini juga tidak menjejaskan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai (Free Duty) kerana Kastam, Imigrasi dan kuarintin masih dikekalkan dan ditempatkan di pintu masuk utama jambatan ini kelak.

Berita tentang cadangan ini disambut baik oleh kedua-dua pihak (Sabah dan Labuan) khususnya
mereka-mereka yang sering berurusan atau berulang-alik ke Labuan untuk tujuan perniagaan, persekolahan ataupun berkerja. Juga difahamkan bahawa ianya akan menaikkan dan merancakkan lagi ekonomi di pulau ini disamping meningkatkan bilangan pelancong yang datang melalui Sabah. Kapasiti pelancong/pelawat dan bilangan kenderaan yang keluar-masuk ke Labuan setiap hari begitu banyak menyebabkan perkhidmatan feri sedia-ada iaitu feri "Wawasan" menghadapi kesukaran untuk memberi perkhidmatan yang sempurna dan memuaskan.

Terlalu ramai yang mengeluh dan marah kerana perkhidmatan ini gagal memenuhi kehendak pelanggannya. Bayangkan bahawa jika anda hendak pergi ke Menumbok atau sebaliknya, anda terpaksa menempah tiket pelayaran lebih awal (Seminggu sebelum perjalanan bagi hari-hari biasa dan sebulan/dua bulan lebih awal bagi perjalanan pada hari-hari perayaan atau cuti sekolah). Bagi kes-kes kecemasan sekiranya tempahan feri sudah penuh, mereka terpaksa "Waiting List" dan menyerahkan kepada nasib samada terdapat kekosongan ataupun sebaliknya. Mereka-mereka ini terpaksa menunggu berhampiran dengan Jetti dengan berbaris panjang dari pagi hingga ke tengah hari dan sampai ke petang selagi masih tiada kekosongan. Ada kalanya terus menunggu hingga ke malam jika terdapat feri tambahan berikutnya terutamanya pada hari perayaan.

Bayangkanlah jika perjalanan tersebut membabitkan satu keluarga...Tidakkah anak-anak kecil meraung kepanasan, kelaparan dan kepenatan...Tidakkah mata yang sudah berjalan jauh mula mengecil hendak tidur kerana keletihan.. Dimana tempat untuk berehat dan tidur sementara menunggu... di dalam kereta?...PANASSSSS dan jika tingkap dibuka, sang nyamuk-nyamuk akan terus menerpa, menyerang dan terus melahap..(Terutamanya di Menumbok). Mau cari tempat penginapan....Tiada Hotel dan Rumah tumpangan pula tidak mencukupi...

Maka inilah yang sepatutnya didengar dan dilihat oleh para YB-YB, Kementerian dan pemerintah (Kerajaan) khasnya. Jangan ada kepentingan peribadi.......... jangan ingat "Sudah menang dalam pilihanraya" sudah memadai dan menjamin kamu sebagai YB.......jangan membelakangi pengundi-pengundi.... jangan sampai "Kera dihutan disusukan, Anak digendong mati kelaparan"..

Jumaat, Februari 06, 2009

Fenomena Ganjil -2

Labuan 06 feb 2009, Kiriman kali ini masih berkisar kepada Fenomena Ganjil tetapi agak berlainan sedikit daripada kiriman saya yang lalu. Jika Fenomena lalu berlaku di Lautan tapi kali ini pula berlaku di langit yang biru.

Sedang saya berehat-rehat di belakang rumah pada kira-kira jam 11:30 pagi sambil melihat-lihat di awan nan biru, secara tiba-tiba tanpa dirancang saya terasa sesuatu yang menarik minda saya untuk mengambil gambar. Keadaan awan yang semakin tebal perlahan-lahan bergerak dibawa tiupan angin menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa. Saya pun mula memfokus -fokus kamera dan seterusnya mengambil gambar awan-gemawan tersebut. Sambil melihat semula gambar-gambar yang dirakam, tidak ada satu pun yang dirasakan menarik dan terus memadamnya. Seterusnya saya fokuskan lagi terus ke arah awan dan langit yang biru. Tiba-tiba saya terpandang sesuatu bentuk kepulan awan yang boleh memberi sesuatu petunjuk menarik dan dengan serta-merta merakamnya. Kejadian tersebut berlaku dengan amat pantas iaitu kira-kira 10 saat dan selepas itu ianya hilang dan membentuk awan biasa.

Cuba anda lihat gambar tersebut di atas, .. Adakah anda perasaan apa-apa di situ??. Lihat pula pada gambar dibawah;

Dalam bulatan merah ada menggambarkan wajah manusia yang telah menjadi reput atau lebih jelas dengan rupa tengkorak manusia. Perhatikan dengan teliti dan lebih fokus, anda pasti akan dapat menggambarkannya. Itulah fenomena terbaru yang saya rakam sendiri tanpa mengubah atau membuat 'editing' pada gambar tersebut (Ianya adalah Ori).

....Ingatlah, bahawa kekuasaan Tuhan akan menampakkan tanda-tanda kelekaan setiap kita sebagai manusia di dunia tetapi beruntunglah mereka yang telah diperlihatkan sebab di situ akan timbul rasa kesedaran untuk berbuat baik serta senantiasa menurut perintahnya... PEACE.

Selasa, Januari 13, 2009

Fenomena ganjil...antara benar atau kebetulan.


Labuan, Jan 13 2009 - Talipon Bimbit (HP) Nokia merupakan alat komunikasi yang canggih sekali dizaman IT dimana terdapat bermacam-macam fungsi dalaman dan juga kegunaannya. Antara yang paling polular dan diminati ialah Kameranya kerana kita dapat mengambil gambar @ imej yang dikehendaki seperti kamera biasa disamping kegunaan-kegunaan lain dalam satu (All-in-one).

Anak lelaki saya (Wyner Shane) adalah salah seorang daripada peminatnya. Dalam usia 7 tahun,.. sudah memiliki HP sendiri (HP warisan bah..) dan macam biasalah... dia tidak henti-henti ambil gambar samada gambar diri sendiri, pemandangan dan sebagainya, maklum sajalah baru dapat pegang dan pakai HP sendiri.

...dan dipendekkan cerita, Rakaman gambar ganjil berlaku pada 20-12-2007 semasa kami sekeluarga menaiki feri dari Labuan ke Menumbok untuk balik ke Papar (Cuti Krismas). Sewaktu dalam feri...macam-macam gambarlah yang diambilnya. Tanpa diketahui tujuan sebenar, gambar laut pun diambil juga dan imej yang di atas itulah yang dapat dirakamnya. Gambar yang saya poskan ini adalah yang Ori dari HPnya. Selepas gambar ini dijadikan sebagai Wallpaper HPnya, barulah saya sedar bahawa ada imej yang ganjil & unik disitu. Apabila diperhatikan sehalus-halusnya, saya dapati ada wajah seorang lelaki didalam gambar tersebut dan hingga ke hari ini saya masih menyimpan gambar Ori tersebut di HP saya dan juga di dalam komputer. Untuk pengetahuan, tiada penggubahan (Editing) yang dibuat di dalam gambar tersebut dan ianya adalah seperti yang dirakam dari HP (Original).

Perhatikan gambar di bawah setelah saya besarkan sedikit sebab gambar HP amat kecil sekali ukurannya;

Dapatkah anda perhatikan dimana letaknya wajah seorang lelaki tersebut?... Sekali pandang memang susah tapi jika dihalusi betul-betul, anda akan melihatnya dengan amat jelas sekali.
Lihat pula gambar seterusnya di bawah;

Nah... Apa pendapat anda? Memang nampak pun...Wajah tersebut seakan memerhatikan kita. Fenomena ganjil seperti ini tidak selalunya dapat dirakam apalagi yang mengambil gambar itu pun bukan Amatur kan... Banyak yang saya dengar dan begitu ramai yang berpendapat bahawa imej @ wajah begini merupakan jelmaan/hantu... tapi bagi saya semuanya atas kehendak, ketentuan dan kekuasaan Tuhan yang Maha Esa. Apapun saya amat kagum dengannya dan berharap dapat merakam gambar-gambar lain yang unik seperti ini sendiri untuk dikongsi bersama kepada semua para Sakag Gundalou dan pelawat-pelawat blog ini.. Terima Kasih.