Labuan, 21 May 2009. Jabatan Pengangkutan Jalan atau lebih dikenali sebagai JPJ adalah sebuah badan/agensi kerajaan yang bertanggungjawab tentang bidang penguatkuasaan undang-undang semua jenis pengangkutan jalan seperti Kereta, Motosikal, Bas, Pickup, Lori muatan kecil/sederhana, Lori muatan besar, Lori panjang atau lebih dikenali sebagai 'Trailler' dan apa jua kenderaan yang menggunakan jalanraya kecuali Basikal.Antara penguatkuasaan yang sinonim kepada kita sebagai pemandu adalah seperti Lesen Memandu, Lesen pengangkutan (GDL), Cukai Jalan Kenderaan dan Kad Pendaftaran Kenderaan. Selain dari itu, mereka juga berkerjasama dengan PUSPAKOM dan pihak Polis Terafik dalam hal-hal yang berkaitan dengannya. Dalam kiriman saya kali ini, saya ingin mengutarakan sedikit tentang Kebaikan dan keburukan bila ada sekatan JPJ seperti dalam gambar yang saya ambil dengan HP (kamera digital terlupa bawa...) dan terlebih dahulu ingin meminta maaf sekiranya gambar tersebut kurang memuaskan.
Van di hadapan sedang berusaha memotong kenderaan lain tanpa sebab yang diketahui...mungkin pemandu /penumpang sudah terlewat dan ingin sampai ke destinasinya secepat yang boleh. Tindakan seperti ini boleh mengundang kemalangan kerana menukar lorong dengan tiba-tiba tanpa memasang "Signal"....Boleh dikategorikan sebagai pemandu yang tidak berdisiplin.Kebaikan Sekatan;1. Mengingatkan kita bila tempoh Lesen Memandu luput.
2. Bila Cukai jalan Luput.
3. Memastikan keadaan kenderaan kita selamat untuk digunakan di Jalanraya.
4. Mengurangkan sifat ingin berlumba di Jalanraya (Memandu terlalu laju).
5. Memastikan keselamatan diri kita (Pemandu) dan orang lain (Penumpang & Pejalan Kaki).
6. Patuh akan peraturan dan undang-undang (Had laju, penggunaan Tali Pinggang Keselamatan dan sebagainya).
7. Pesalah jalanraya dapat dikurangkan.
8. Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan rasa tanggungjawab.
Beginilah keadaannya bila sekatan tersebut dibuat..Kedua-dua lorong terus jadi sesak sehingga mencapai jarak sejauh 500 meter..... di Selekoh pula tu... memang tidak kena pada tempatnya.Keburukan Sekatan;1. Sekatan tidak kena pada tempat dan masa.
2. Sekatan selalu dibuat pada tempat yang tidak kelihatan dari jauh terutamanya selekoh.
3. Tiada papan tanda amaran atau papan tanda pemberitahuan pada jarak yang sepatutnya.
4. Kederaan yang di hadapan tiba-tiba menekan Brek dan membuatkan kita cemas di belakang.
5. Sering menyebabkan kenderaan di belakang melanggar kenderaan di hadapan.
6. Keadaan sesak kerana tiada jalan pintas/simpang alternatif untuk dilalui.
7. Ramai pekerja akan terlambat untuk sampai ke pejabat untuk bertugas.
3 ulasan:
Ulasan yang cukup bernas! Sokong! Sokong!
SEKATAN PADA MASA DAN TEMPAT YANG SESUAI DIBUAT OLEH PIHAK BERKUASA SEPERTI JPJ, PUSPAKOM, POLIS, KASTAM DAN LAIN-LAIN BADAN PENGUATKUASA?
Tidak mungkin kita akan temui situasi seperti ini! Ada banyak alasan dari agensi penguatkuasa yang berkenaan... bila orang awam merungut. Antaranya:
1. Kami buat kerja kami ma...
2. Kami ikut arahan. Sedia berkhidmat bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dalam keadaan apa sahaja... (slogan perkhidmatan lah kunun ni...)
3. Kami tau buat kerja kami... tidak perlu ajar!
4. Kalau buat pemeriksaan mengejut... kenalah buat di tempat yang "unexpected"... kalau tidak, bukan mengejutlah namanya...
5. Kami memang buat "road block". memanglah ada berlaku "traffic block"... jadi sabar sajalah!
6. Kamu ingat kami suka sangat dengan kerja ni? Kalau boleh kamipun tidak mau menyusahkan orang lain. Kalau saya sendiri yang disusahkan orang lain, saya pun marah juga. Tapi... apa boleh buat... SAYA YANG MENURUT PERINTAH.
7. Kalau ada "accident" kah... kematian kah... kecederaan kah... akibat "road block" yang kami buat... apa boleh buat. Bukan kami yang memandu. Siapa suruh pandu terlalu laju dan terlalu dekat dengan kereta orang lain! LAGI PULA... "Malang Tidak Berbau" kan... (Dalam hati: Bila mati... baru ada bau busuk....)
8. Kerja kami... memang akan menyusahkan orang lain. Sebab tu lah kami dapat gaji kami. Kalau kami tidak buat itu... gaji kami akan kena potong. Pasal orang complain pula kami "makan gaji buta"....
9. Jangan marah-marah... kami ni sebenarnya mau tolong kamu. Supaya lain kali kamu akan selamat bila ada di atas jalan raya. Mau kasi kurang itu lesen "Kupi O"... mo kasi "smashing" itu samseng-samseng jalan raya... mo kasi disiplin dan bla..bla..bla... (dalam hati: Sambil-sambil mo tolong diri sindiri. Mana lah tahu ada orang yang baik hati mo "belanja" minum kopi... he..he..)
10. Ya... ok! Ok! Terima kasih atas pandangan anda. Nanti kemudian kami fikirkan. (Dalam hati: Jabatan kami ni tidak boleh komen banyak-banyak... sebab ada "royal value". Kastam DIRAJA MALAYSIA... Polis DIRAJA MALAYSIA.... cuma JPJ sahaja yang belum dapat title "diraja". Sebab belum dibenarkan guna pistol...AK47...M16... dan lain-lain. Tunggulah sampai dapat green light...)
Nah... ini antaranya dalil-dalil yang akan "mengimunisasikan" mereka daripada ketidakpuashatian orang ramai. Ini baru 10 dalil... mungkin ada banyak dalil lagi yang dia orang sahaja yang tahu.... PEACE!
Betullah apa yang MS katakan dan saya sangat setuju dengan pandangan seperti itu sebap memang demikianlah jawapan agensi penguatkuasa-penguatkuasa tersebut. Konon mahu melaksanakan tugasan sejujur-jujurnya tapi bukan senang untuk bersikap tulus dan ikhlas apabila keadaan terdesak/kesempitan.
Kalau diperhatikan dengan teliti, lebih banyak yang bersikap rahsuah dan tidak berperikemanusiaan serta tidak bertimbang rasa langsung samada itu kesalahan kecil atau yang pertama bagi si pesalah. Sepatutnya si pesalah harus diberi peringatan dahulu (Warning) sebelum membuat keputusan menjatuhkan saman atau denda. Kalau penguatkuasa yang sudah kehausan atau sudah pokai bertugas pada hari itu, nescaya ramailah yang menjadi mangsa "minta duit Kopi" sebelum melepaskan mereka.
Apa yang sangat diharapkan oleh orang ramai ialah agensi penguatkuasa harus mengikis sikap tamak dan rahsuah mereka dan membuktikan bahawa mereka menjadi teladan yang baik kepada generasi-generasi yang akan datang...PEACE
Catat Ulasan