Lokasi para pengunjung global di Blog ini

Nak Tahu Keadaan Cuaca Secara langsung Di Tempat Anda?

Musik Latar Blog Williborn@Sinsilog.Blogspot.Com

Video Karaoke Artis Kadus Pilihan

Jo-Anna Sue Henley Rampas - Koupusan Ateng - Norubat Piginawaan Ateng - Au Ku Kaanu Evaristus Gungkit - Isteri Khawin Lagi Francis Landong - Hey Aramai Ti

Selasa, Oktober 06, 2009

Makan untuk mengalas perut atau makan untuk menyedapkan perut...


Donat...Makanan ini pada asalnya diperbuat daripada adunan Tepung, Gula dan sedikit bahan penaik (Baking Powder). Di luar bandar kuih ini boleh didapati di Tamu, Gerai-gerai, Pasar Tani, Kedai Kopi, Warung dan gerai di tepi jalan. Ianya dijual pada harga 3 seringgit atau 2 seringgit bergantung kepada sais bulatannya. Proses pembuatannya lebih rumit kerana pada asasnya dibuat menggunakan tangan dan kuali domestik. Kuih ini sangat popular untuk hidangan sarapan pagi atau sarapan petang.

Berlainan pula dengan Donat seperti dalam gambar ini....Asas adunan ditambah dengan lapisan krim, mentega, cheese, kacang, Chocolate dan macam-macam lagi. Terdapat juga berbagai-bagai lakaran ataupun lukisan corak diatasnya semata-mata untuk menaikkan selera. Donat jenis ini memang lazat dan sedap....... tidak dapat dinafikan keistimewaan rasanya tetapi ia tidak dijual dengan harga 3 seringgit ataupun 2 seringgit. Harga sebiji adalah RM2.60 dan bergantung kepada jenis serta perasanya. Di Kota Kinabalu ianya boleh didapati di Kompleks Warisan Square iaitu blok bangunan yang bersebelahan dengan Center Point.

Persoalannya disini ialah apakah kita sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengalas perut ataupun kerana mahu menyedapkan perut? Patutkah kita berbelanja mahal untuk keluarga yang besar? Terpulanglah kepada budi bicara masing-masing....fikirkan dahulu, senang kemudian. Untuk sekali sebulan tu bolehlah...tapi jangan sampai setiap hari..."Kadar-Kadari" kata orang kadayan Labuan. Hehehe...

Jumaat, Jun 19, 2009

Tahniah buat Bro Badadang, Semoga sampai ke jinjang pelamin.

Labuan, 19 Jun 2009 - Paparan kali ini adalah berkenaan dengan cerita tentang hal kekeluargaan saya. Disebabkan belum ada idea-idea baru yang datang untuk diselitkan dalam blog ini, saya harap yang ini pun memadai untuk dikongsi bersama. Kalau Si Lala hari tu ada memaparkan hal/peristiwa yang hampir serupa, saya pun tidak mahu ketinggalan untuk memuatkan cerita yang sama di blog ini...hehehehe.. Pertama sekali saya ucapkan "Tahniah" kepada si macho di dalam gambar ini...siapa lagi kalau bukan si bro Badadang... Pada 07/06/2009 yang lalu bro Badadang selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis manis pilihannya di Tandek, Kota Marudu. Memang sama hebat dan sama padan kannn... Yang sorang tu hensom & Macho dan yang sorang lagi tu cantik & manis orangnya...Tahniahhh... Dipendekkan cerita, sebenarnya rombongan si Badadang ke Kota Merudu tidaklah begitu ramai dan hanya disertai oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja termasuk saya sendiri. Rombongan yang diwakili oleh kalangan adik-beradik, ipar, sepupu dan anak buah si Badadang seramai 8 orang berangkat dari Kota Kinabalu (Muzium Sabah) se-awal jam 09:00 pagi menggunakan kereta pacuan 4 roda (4x4) dan singgah sebentar di pekan Tuaran untuk 'Breakfast'. Lepas itu rombongan meneruskan perjalanan melalui jalan Sulaman-Kota Belud dan sampai ke destinasinya pada kira-kira jam 12:40 tengahari. Sesampainya di sana, acara pun terus dimulakan dengan suai-kenal dan seperti biasa pengenalan tentang adat-istiadat orang-orang dusun Kimaragang dan seterusnya bla, bla,bla... Sebenarnya kami bercadang untuk balik ke Kota Kinabalu lebih awal iaitu jam 2:30 petang tetapi terpaksa ditunda sebap Ketua Kampung pihak perempuan belum ada bersama dan hanya muncul pada jam 2:20 petang untuk menjadi saksi kepada pengurusan pertunangan si bro Badadang. Setelah semuanya selamat dan selesai, kami kembali semula ke Kota Kinabalu pada hari yang sama iaitu pada jam 5:30 petang dan selamat kembali ke destinasi pada kira-kira jam 7:30 malam. Perjalanan yang jauh dan agak memenatkan tapi demi untuk bro Badadang, kami sanggup menemaninya atas nama kekeluargaan.

..Begitupun, kelihatan Bro Badadang masih terus tersenyum...Di kirinya ialah sepupu kami iaitu Bro Julius Guduk merangkap ketua rombongan, juru-runding dan mewakili pihak Ketua Kampung pihak lelaki.


Bro Badadang bersama dengan Senior Bro Philip dan Isteri... Saya jadi juruvideo dan jurugambar pada hari tersebut...


Acara menyarungkan cincin di jari.."Steady ko Brother, jangan begagar..hehehe..."


Acara memotong Kek Pertunangan.."Bah,..jangan ko main jauh-jauh Bro...berdiri dekat-dekat.."


Tunang si Badadang bergambar bersama Isteri sia untuk kenang-kenangan...


Sis Lia dan Suami...turut serta dalam rombongan.


.....Rupanya ada juga muka sia sama si Bro badadang hari tu...hehehe...


...Lagi gambar untuk kenang-kenangan...


...Nah, inilah dia wajah Bro Julius yang sedang menghiburkan hadirin bertajuk "Hani..." dalam sesi Karaoke...memang best dia nyanyi..si Bro Badadang pun ada nyanyi juga tapi sia tia sempat Snap...


....dan ini pula adalah acara "ARAMAITII...", yang mana memang sudah menjadi kebiasaan bangsa kita (Kadus) sebap kalau tiada acara ini memang ada lah kekurangannya...hehehe...jangan minum sampai "kalapik"...nanti tia sedar mulut kena jilat anjing....hehehe...

Khamis, Mei 21, 2009

Sekatan Jalan JPJ: Antara kebaikan dan Keburukannya.















Labuan, 21 May 2009. Jabatan Pengangkutan Jalan atau lebih dikenali sebagai JPJ adalah sebuah badan/agensi kerajaan yang bertanggungjawab tentang bidang penguatkuasaan undang-undang semua jenis pengangkutan jalan seperti Kereta, Motosikal, Bas, Pickup, Lori muatan kecil/sederhana, Lori muatan besar, Lori panjang atau lebih dikenali sebagai 'Trailler' dan apa jua kenderaan yang menggunakan jalanraya kecuali Basikal.


Antara penguatkuasaan yang sinonim kepada kita sebagai pemandu adalah seperti Lesen Memandu, Lesen pengangkutan (GDL), Cukai Jalan Kenderaan dan Kad Pendaftaran Kenderaan. Selain dari itu, mereka juga berkerjasama dengan PUSPAKOM dan pihak Polis Terafik dalam hal-hal yang berkaitan dengannya. Dalam kiriman saya kali ini, saya ingin mengutarakan sedikit tentang Kebaikan dan keburukan bila ada sekatan JPJ seperti dalam gambar yang saya ambil dengan HP (kamera digital terlupa bawa...) dan terlebih dahulu ingin meminta maaf sekiranya gambar tersebut kurang memuaskan.

















Van di hadapan sedang berusaha memotong kenderaan lain tanpa sebap yang diketahui...mungkin pemandu /penumpang sudah terlewat dan ingin sampai ke destinasinya secepat yang boleh. Tindakan seperti ini boleh mengundang kemalangan kerana menukar lorong dengan tiba-tiba tanpa memasang "Signal"....Boleh dikategorikan sebagai pemandu yang tidak berdisiplin.



Kebaikan Sekatan;

1. Mengingatkan kita bila tempoh Lesen Memandu luput.
2. Bila Cukai jalan Luput.
3. Memastikan keadaan kenderaan kita selamat untuk digunakan di Jalanraya.
4. Mengurangkan sifat ingin berlumba di Jalanraya (Memandu terlalu laju).
5. Memastikan keselamatan diri kita (Pemandu) dan orang lain (Penumpang & Pejalan Kaki).
6. Patuh akan peraturan dan undang-undang (Had laju, penggunaan Tali Pinggang Keselamatan dan sebagainya).
7. Pesalah jalanraya dapat dikurangkan.
8. Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan rasa tanggungjawab.
















Beginilah keadaannya bila sekatan tersebut dibuat..Kedua-dua lorong terus jadi sesak sehingga mencapai jarak sejauh 500 meter..... di Selekoh pula tu... memang tidak kena pada tempatnya.



Keburukan Sekatan;

1. Sekatan tidak kena pada tempat dan masa.
2. Sekatan selalu dibuat pada tempat yang tidak kelihatan dari jauh terutamanya selekoh.
3. Tiada papan tanda amaran atau papan tanda pemberitahuan pada jarak yang sepatutnya.
4. Kederaan yang di hadapan tiba-tiba menekan Brek dan membuatkan kita cemas di belakang.
5. Sering menyebabkan kenderaan di belakang melanggar kenderaan di hadapan.
6. Keadaan sesak kerana tiada jalan pintas/simpang alternatif untuk dilalui.
7. Ramai pekerja akan terlambat untuk sampai ke pejabat untuk bertugas.