Lokasi para pengunjung global di Blog ini

Easy Money With One Click

Dish Pointer - Untuk anda yang mempunyai hobi memasang FTA Satellite Dish. Sila taip lokasi anda.

Musik Latar Blog Williborn@Sinsilog.Blogspot.Com

Video Klip Pilihan 2010

Shakira - Waka Waka (This Time For Africa) Iyaz - Solo Justin Bieber - Baby Lady Antebellum - Need You Now Train - Hey Soul Sister

Selasa, Mac 10, 2009

Jambatan Labuan - Membakut bernilai lebih 1 Billion???..


Labuan: 10 Mac 2009 - Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) Datuk Suhaili Abdul Rahman dipetik sebagai berkata bahawa Jambatan menghubungi Labuan dan tanah besar Sabah akan direalisasikan tidak lama lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa cadangan jambatan Labuan-Sabah akan menjadi kenyataan. Beliau berkata demikian kepada pemberita dimana laporan penuhnya menjadi tajuk utama muka depan Suratkhabar tempatan iaitu "Daily Express" pada 7 Mac 2009.

Kos pembinaan jambatan tersebut dianggarkan melebihi 1 Billion dan dijangka siap dalam tempoh 5 tahun. Kerajaan mencadangkan bahawa ianya sebagai insiatif pihak sewasta/sektor sewasta dan dianggarkan menelan belanja sebanyak RM550 juta iaitu sejauh 15 batu nautika. Pembinaan jambatan ini juga tidak menjejaskan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai (Free Duty) kerana Kastam, Imigrasi dan kuarintin masih dikekalkan dan ditempatkan di pintu masuk utama jambatan ini kelak.

Berita tentang cadangan ini disambut baik oleh kedua-dua pihak (Sabah dan Labuan) khususnya
mereka-mereka yang sering berurusan atau berulang-alik ke Labuan untuk tujuan perniagaan, persekolahan ataupun berkerja. Juga difahamkan bahawa ianya akan menaikkan dan merancakkan lagi ekonomi di pulau ini disamping meningkatkan bilangan pelancong yang datang melalui Sabah. Kapasiti pelancong/pelawat dan bilangan kenderaan yang keluar-masuk ke Labuan setiap hari begitu banyak menyebabkan perkhidmatan feri sedia-ada iaitu feri "Wawasan" menghadapi kesukaran untuk memberi perkhidmatan yang sempurna dan memuaskan.

Terlalu ramai yang mengeluh dan marah kerana perkhidmatan ini gagal memenuhi kehendak pelanggannya. Bayangkan bahawa jika anda hendak pergi ke Menumbok atau sebaliknya, anda terpaksa menempah tiket pelayaran lebih awal (Seminggu sebelum perjalanan bagi hari-hari biasa dan sebulan/dua bulan lebih awal bagi perjalanan pada hari-hari perayaan atau cuti sekolah). Bagi kes-kes kecemasan sekiranya tempahan feri sudah penuh, mereka terpaksa "Waiting List" dan menyerahkan kepada nasib samada terdapat kekosongan ataupun sebaliknya. Mereka-mereka ini terpaksa menunggu berhampiran dengan Jetti dengan berbaris panjang dari pagi hingga ke tengah hari dan sampai ke petang selagi masih tiada kekosongan. Ada kalanya terus menunggu hingga ke malam jika terdapat feri tambahan berikutnya terutamanya pada hari perayaan.

Bayangkanlah jika perjalanan tersebut membabitkan satu keluarga...Tidakkah anak-anak kecil meraung kepanasan, kelaparan dan kepenatan...Tidakkah mata yang sudah berjalan jauh mula mengecil hendak tidur kerana keletihan.. Dimana tempat untuk berehat dan tidur sementara menunggu... di dalam kereta?...PANASSSSS dan jika tingkap dibuka, sang nyamuk-nyamuk akan terus menerpa, menyerang dan terus melahap..(Terutamanya di Menumbok). Mau cari tempat penginapan....Tiada Hotel dan Rumah tumpangan pula tidak mencukupi...

Maka inilah yang sepatutnya didengar dan dilihat oleh para YB-YB, Kementerian dan pemerintah (Kerajaan) khasnya. Jangan ada kepentingan peribadi.......... jangan ingat "Sudah menang dalam pilihanraya" sudah memadai dan menjamin kamu sebagai YB.......jangan membelakangi pengundi-pengundi.... jangan sampai "Kera dihutan disusukan, Anak digendong mati kelaparan"..

8 ulasan:

Don MS berkata...

Saya sokong 100% cadangan pembinaan jambatan yang dimaksudkan. Saya yakin rakyat Malaysia di Sabah dan WP Labuan juga menyokong 100% projek ini. Jambatan seumpama ini sepatutnya telah lama dibina dahulu, iaitu sejak tarikh 1 Februari 1984 apabila pulau ini diistiharkan sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan. Namun tiada pemimpin yang berani memperjuangkannya ketika itu. Sekali lagi apabila pulau ini iiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990, peluang untuk menuntut kemudahan ini sepatutnya ada. Namun, untuk kesekian kalinya pemimpin tempatan kita hanya tutup mulut, tutup mata dan tutup telinga ketika itu. Semuanya mengambil tindakan acuh tak acuh, asalkan poket sendiri terisi penuh barangkali. Hanya, apabila arus tsunami politik melanda negara, terutama sekali selepas pilihan raya yang ke12 lalu barulah para pemimpin kita cuba buka mata, buka telinga dan buka mulut. Diharapkan mereka akan buka seluas-luasnya selepas ini. Janganlah menjadi seperti slogan biskut “chipsmoore” – kejap ada, kejap tak ada!

Jika diambil kira dari segi jarak antara dua tanah (Sabah – Labuan) bukanlah jauh sangat. Bak kata orang dulu-dulu, hanya sepelaung jauhnya. Panjang jambatan ini (jika dibina dalam keadaan lurus... bukan bengkang-bengkok...) hanya sekitar 10 km sahaja. Jika dibena lama dahulu, kosnya bukanlah seberapa sangat. Kita boleh lihat bagaimana kerajaan sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membina Jambatan Pulau Pinang yang jauhnya 13.5 km (8.4 miles ) pada tahun 1985. Jika benar memakan kos, mengapa pula dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 9 satu lagi cadangan membina jambatan kedua Pulau Pinang yang dijangka (sepatutnya) siap pada tahun 2012 ???????????

Apa-apa pun alasannya, jambatan ini memang amat ditagih dan diharapkan oleh penduduk di kedua-dua wilayah iaitu Sabah dan WP Labuan. Kepada YB-YB dan menteri-menteri persekutuan dari Sabah yang sempat membaca pandangan seumpama ini... pandai-pandailah mengambil tindakan sewajarnya, agar impian rakyat untuk memiliki jambatan ini dapat direalisasikan.

Kadangkala, kita perlu bersikap mementingkan diri juga apabila sikap itu diperlukan untuk sesuatu yang positif. Tidak bolahlah kita sentiasa merendah diri sepanjang masa, kerana realitinya, jika kita bersikap sedemikian... maka kita akan sentiasa dipijak, dikentut dan disepak-terajang oleh mereka yang memang “hidung besar”.

P/S – Kalau jambatan ni sudah siap, pasti ramai yang akan suka ulang-alik ke Labuan... termasuk saya...he..he..

Tanpa Nama berkata...

Memang betul tu MS....Mereka yang terlibat dengan pembinaan ini samada pihak sewasta atau kerajaan tidak akan kerugian dalam jangka masa yang panjang.Kalau generasi kita tidak sempat merasa pun tidak apa asalkan generasi-generasi kita yang akan datang dan seterusnya dapat menafaatnya...

CJK berkata...

Saya masih ingat ketika controversy Ferry Labuan-Sabah yang hangat dibincangkan di Internet melalui Forum, ramai forumer yang berpendapat dan mencadangkan kepada kerajaan supaya membina sebuah jambatan sebagai jalan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah Ferry yang sering berlaku. Cadangan ini telah mendapat perhatian pemimpin kerajaan negeri serta WP Labuan seterusnya budget dan pelan dimajukan untuk kajian oleh JANM. Menurut sumber maklumat yang saya perolehi mengatakan bahawa budget pembinaan jambatan ini kini dalam proses akhir untuk kelulusan. Tak sangka pula idea dan cetusan rasa ramai former untuk membina jambatan Sabah-Labuan diambil perhatian oleh kerajaan persekutuan.

Adalah terlalu awal untuk kita mengatakan bahawa jambatan ini akan menjadi kenyataan. Memandangkan situasi ekonomi Malaysia sekarang tidak begitu stabil disebabkan oleh kesan ekonomi global, saya percaya projek ini mungkin akan ditangguhkan. Tak tahu pula jika kos pembiayaan projek ini diambil daripada pekej ransangan ekonomi (budget mini) RM60 billion yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak di parlimen baru-baru ini. Kalau tidak, mustahil PM berani membuat pengumuman dalam ucapan beliau.

Pada pendapat saya, pembinaan jambatan ini memang sudah lama ditunggu oleh penduduk Sabah dan Labuan. Dengan adanya jambatan ini, saya percaya ekonomi Labuan akan lebih berkembang maju dan disamping itu, ianya akan dapat mengurangkan kos penghantaran barangan keperluan dari tanah besar, juga merancak kan kemasukan pelancung samada dari labuan atau pun sabah.

Walau bagai mana pun, kita janganlah terlalu cepat berpuas hati sebelum melihat sendiri tanda-tanda projek ini dimulakan seperti pecah tanah secara rasmi seterusnya kerja-kerja menanam cerucuk dijalankan oleh kontraktor.

Yang paling penting, janji ditunai. Jangan pula janji terang bulan.

Williborn berkata...

...Sia setuju dengan pendapat kau CJK...Harap-haraplah jadi realiti. jan pula dijadikan simpati politik semata-mata minta sokongan atau perhatian.

Tia taulah kalau YB-YB tersebut "Ada Udang di sebalik batu"..sebab sia dengar diantara YB MP sekarang dan YB MP sebelum nih ada ketidak serasian dalam UMNO Labuan...hehehe.

Masing2 mau ada kemah/kelompok sendiri dan susah mo sepakat/semeja...Sia sendiri pun memang nampak dan perasaan gelagat YB terdahulu terutama bila ada sambutan disini. "HANTAMLAH KAMU YBBBBBB....." Jangan rakyat pula yang dibawa-bawa...hehehe

Don MS berkata...

Saya susah mo percaya dengan gimik "pecah tanah" ni... Bagi saya, YB-YB kita sebenarnya tidak kisah tentang makna "pecah tanah" itu sendiri. Mereka menganggapnya tidak lebih daripada "gimik" majlis perasmian.

Bagi rakyat pula (kebanyakannya...), pecah tanah itu adalah petanda dan harapan untuk melihat apa-apa yang dijanjikan akan jadi realiti.

Saya masih ingat lagi, Tun Dr. Mahathir Mohammad datang ke Tenom. Dengan penuh yakin, dia naik jengkaut... kemudian memecahkan tanah berhampiran Jembatan Tenom (Amboi) beberapa tahun yang lalu. Konon-kononnya sebagai merasmikan pembinaan jalan raya + jembatan yang akan menghubungkan dua daerah iaitu Tenom dan Beaufort.
Kembang kempislah hidung wakil-wakil rakyat Tenom pada ketika itu... rakyat pula dengan penuh harapan, menyorak, menyokong dan mengundi parti kerajaan kerana janji manis pemimpin tertinggi Malaysia pada ketika itu.

Setahun selepas itu, tiada juga tanda-tanda projek akan bermula. Masuk tahun kedua selepas itu, terdengar pula khabar yang diketahui oleh para kontraktor yang teramatlah kecewa dengan keputusan kerajaan persekutuan "menelan dan menjilat semula air liur yang mereka ludahkan" kepada rakyat Sabah di Tenom.

Bila ramai rakyat yang sudah bising, termasuk kontraktor-kontraktor kecil bumiputera yang kempunan merasa projek ini (mereka ni sebenarnya konco-konco YB...), maka kerajaan pusat terpaksalah mencari jalan dan alasan untuk meredakan kemarahan rakyat. Maka di hebahkanlah berita, kononnya peruntukan itu dibekukan dan akan disalurkan sebagai dana membina dan menyiapkan jalan Kimanis yang menghubungkan Keningau dan daerah Papar. Entah dari mana sebenarnya khabar ini tersebar.... tetapi tidak kisah lah! Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang... kecuali ada bayau di atasnya... he..he...

CJK berkata...

Ya MS, perkara seperti itu sudah menjadi perkara biasa bagi pemimpin @ YB. Kita juga boleh melihat contoh yang boleh dikira masih hangat iaitu projek SDC. Selepas perasmian oleh PM di sepanggar, ramai rakyat yang memuji projek SDC ini yang dikatakan akan memberi manfaat besar kepada rakyat. Malangnya hingga kehari ini belum ada lagi yang dapat kita lihat. Kalau tak silap, teguran MP Sabah di dewan parlimen pun sudah kedengaran.

Satu lagi contoh ialah pengumuman YB Tambunan di dada akhbar untuk memajukan gunung Terus Madi sebagai pusat pelancungan kedua selepas gunung Kinabalu. Nampak nya semua itu akan tinggal impian sahaja kerana sehingga kehari ini tiada tindakan yang kita dapat lihat untuk memajukan kawasan ini.

Yang ada hanya kegiatan pembalakan yang kini semakin menghampiri kaki gunung tersebut.

DrKong berkata...

I agree with this kind of development. Memang sudah lama kita dijanjikan dengan banyak benda. Namun, realiti pembangunan jambatan ini akan memberikan kemajuan yang tidak terhingga buat semua penduduk sabah.

jack berkata...

kenapa jambatan tak mahu di bina sedangkan tol boleh di buat bagi menggantikan kos yg sdh terkeluar utk pembinaan...aku rasa kalau kerana kos yg mahal bkn 1 alasan yg baik...ini semuanya mainan org2 kerajaan terutamanya YB labuan dengan pengusaha2 feri dan bot2 penumpang...ini bermaksud selagi feri dan bot2 beroperasi selagi itulah wang masuk ke akaun YB...aku harap PIHAK SPRM menyiasat hal ini...