
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa kaum lelaki juga mempunyai minat yang sama tentang bunga-bungaan malah ada golongan ini yang lebih arif tentang penanaman dan penjagaannya serta amat kreatif daripada wanita dari segi lanskap dan gubahan hiasan seperti yang sering kita lihat di kaca TV atau diterbitkan dalam majalah.Untuk peminat-peminat seni, lain pula halnya. Rata-rata mereka mengabadikannya dalam lukisan atau dengan lensa kamera (Gambar) dimana bunga tersebut dijadikan sebagai penghias dinding ataupun dibukukan. Bunga juga sering dikaitkan dalam kata-kata, syair, puisi dan pantun.

Dalam tidur, adakah anda pernah bermimpi tentang anda sedang berada di suatu kawasan padang luas yang mempunyai bunga-bungaan yang cantik-cantik warnanya?....dan anda seorang sahaja yang sedang berdiri disitu tanpa melihat seorang pun manusia berdekatan dengan anda atau berada disekitar padang bungaan yang begitu tenang dan damai. Secara ikhlas, saya ingin berkongsi dengan kekawan blogger semua bahawa mimpi seperti ini pernah saya alami beberapa tahun yang lepas dan syukur kerana tiada apa-apa kejadian aneh yang berlaku terhadap saya mahupun seluruh keluarga selepas mimpi tersebut kerana ada orang-orang yang arif menterjemah tentang mimpi mengatakan bahawa sesuatu yang mungkin tidak baik atau kejadian buruk akan berlaku disebalik mimpi sedemikian.
Hakikatnya, sampai kehari ini saya percaya dan menganggap ianya sebagai sesuatu yang indah tentang Roh dimana saya berjaya sampai ke alam sedemikian walaupun hanya dalam mimpi. Syukur kepada Tuhan yang Esa kerana atas limpahan kurnianya manusia diberi peluang untuk terus sedar dan bertobat tentang ketamakkan atau kelalaian..PEACE..
4 ulasan:
Ocoi tak suka tanam bunga kerana jika tenam 10 belum pasti ada satu yang tumbuh. Namun sebaliknya Ocoi amat suka dan menyanangi melihat bunga..malah kalau boleh biar tidur beralas dan berselimutkan bunga...
Ocoi masih tak pasti apa sebabnya jika di alam ini terdapat manusia yang tidak suka bunga..mungkin juga kerana durinya? Baunya? warnanya? Itu segala kemungkinan yang ada..
Mimpi tentang bunga? Entah lupa, entah tak ingat..Ocoi rasanya belum pernah...tetapi bermimpi berada di suatu tempat di mana hanya ada diri sendiri agak selalu.. anehnya..beberapa bulan atau tahun kemudian Ocoi benar-benar sampai ke tempat itu..tapi tidakla lagi secantik dalam mimpi yang pernah Ocoi alami..mungkin secara kebetulan sahaja agaknya..
Apapun adanya... bagi Ocoi.. mimpi tetap mimpi..dan sebahagian dari bunga2 mainan tidur.. dan sebahagiannya lagi adalah pembawaan yang dibawa dari pengalaman semasa siangnya...
Sekadar pendapat rapuh..
Bagi Lala bunga merupakan lambang bagi sesuatu ingatan,..contohnya bunga kebangsaan kita iaitu bunga raya.
Mimpi?...lala pernah bermimpi pasal bunga, tapi lala da tak ingat lagi...hehehe
Saya setuju dengan pendapat Ocoi tentang mimpi bunga atau mimpi apa sahaja merupakan mainan semasa tidur.... jarang sekali menjadi kenyataan dan kalau adapun mungkin secara kebetulan kan...hehehe.
TQ lala,...macam hari valentine bah kan...kalo diberi bunga Ros yg cantik waktu tu, kita akan mengingati si pemberi untuk selama-lamanya..ahammmm...kangku da...
"Bunga" sinonim dengan kelembutan, kedamaian, ketenteraman, keamanan, kerendahan hati, kecantikan semulajadi dan kesucian.... seingat saya.
Mimpi tentang bunga tu... setakat ni saya belum pernah lagi. Tapi sepanjang pengalaman hidup saya, saya mendapati ada 2 sahaja mimpi saya yang benar-benar jadi kenyataan. Mimpinya positif... dan kenyataannya pun positif. Mungkin secara kebetulan... macam Ocoi kata. Lain-lain mimpi yang negatif tu, belum pernah jadi kenyataan lagi setakat ni.
Mo percaya mimpi tu betul...? Susah juga untuk mengatakan "ya"... tetapi mo mengakuinya sebagai "tidak betul" pun... tidak boleh juga.
Biasanya saya boleh mendapat mimpi bila badan sedang keletihan yang amat sangat....
Catat Ulasan