Tambah Kontak Bbm Secara Otomatis dan Termurah
-
Harga Bensin Murah Jasa KontakDari negara pencetus layanan contact tambah jasa
tambah kontak bbm didirikan bahan bakar yang kita lakukan dengan tujuan
dar...
8 tahun yang lalu
5 ulasan:
Jika benar berita yang sering diwar2kan di dada akhbar dan jika benar itulah sikap sebenar Mantan MP Labuan ini. Bagi saya beliau bukan sahaja tak layak dianggap sebagi WIRA tetapi juga tidak layak dipanggil sebagai pemimpin.
Bagi saya jika benar semua itulah hakikatnya beliau, Mantan MP ini hanya layak mendapat gelaran PENIPU.
Sayangnya pada masa beliau berdiri sebagai Calon MP Labuan dahulu semua masyarakat Labuan tutup mata dan menjadi bodoh kerana tetap sahaja memilih beliau.
Setahu sya... dia ni pun pernah bekerja dgn MOCIS TRADING dulu... entah-entah masa di sanapun sudah ribuan orang yang dia tipu secara diam-diam... haprak punya penipu!
Saya cadangkan di sini... kita kempen rakyat Sabah ni supaya JANGAN PILIH BAKAL PEMIMPIN YANG ADA LATAR BELAKANGKAN KOBOLEHAN "BUSINESS MINDED" semata-mata. Bukanlah semua orang macam ini tidak layak jadi pemimpin... tetapi MEREKA INI TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN POLITIK. Mengapa? Dalam ribuan kes penipuan... penyelewengen oleh golongan ahli politik ini, semuanya didorong oleh keinginan untuk memenuhkan poket sendiri atau syarikat sendiri semata-mata!
Dengan kata lain, golongan ini mahu jadi pemimpin BUKAN UNTUK MEMBELA UNTUNG NASIB RAKYAT, sebaliknya hanya untuk memastikan dia akan jadi semakin kaya selepas itu. Apa tidaknya, bila sudah menang pilihanraya... apa-apa peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat, semuanya habis dia sapu. Macam lah dia seorang saja yang jadi "rakyat" Malaysia di kawasannya.
Inilah akibatnya bila kita terlalu tidak berhati-hati bila memberikan undi pilihanraya. Jika benar Datuk ini melakukan semua "dajal" itu, maka seharusnya "dajal" jugalah yang perlu diterimanya. Bukan setakat dipenjara dan didenda, malah pemimpin macam inilah yang WAJAR disumbat ke dalam penjara ISA... kerana memalsukan Identiti... menipu kerajaan... menipu institusi kewangan dan macam-macam lagi...
Semua orang-orang di Labuan sudah masak dengan matan MP ini tapi apakan daya jika cara beliau meraih undi semasa pilihanraya dahulu boleh dianggap kejam dan tiada bertolak-ansur. Bayangkan semua Ketua-ketua kampung yang tidak pro kepadanya telah dilucutkan jawatan dan kemudian melantik mereka-mereka yang kaki bodek. Tindakan beliau memang bertujuan menjahanamkan penduduk yang tidak berkepentingan atau tiada ikatan persaudaraan dengannya.
Apa tidaknya, jika terdapat projek-projek kecil & sederhana di pulau ini, orang-orang dialah sahaja yang akan mendapat kontrak. Mereka yang tidak begitu rapat dengan beliau(bukan kaki bodek) tidak akan dilayan langsung walaupun memiliki lesen kelas A.
Memang betul pun bahawa dia ini ada kes menipu semasa berkerja dengan MOCIS Trading tetapi orang-orang yang dia tipu itu tidak dapat berbuat apa-apa atau mengambil tindakan mahkamah sebab kekurangan bukti dan tiada kertas hitam-putih. Kesimpulannya beliau ini seorang yang pintar menipu dan pandai berkata-kata. Saya sokong pendapat kamu Ocoi & MS...
Harap2lah Mantan MP kita ini dapat balasan yang setimpalnya. Kalau boleh biarlah manusia2 yang turut bersubahat dengan kegiatan politik dan teknik2nya di musim lalu turut mendapat habuan pembalasan yang setimpalnya. Kita tidak perlukan manusia serupa ini untuk menjadi pemimpin di negara kita ini.
Catat Ulasan