Lokasi para pengunjung global di Blog ini

Easy Money With One Click

Dish Pointer - Untuk anda yang mempunyai hobi memasang FTA Satellite Dish. Sila taip lokasi anda.

Musik Latar Blog Williborn@Sinsilog.Blogspot.Com

Video Klip Pilihan 2010

Shakira - Waka Waka (This Time For Africa) Iyaz - Solo Justin Bieber - Baby Lady Antebellum - Need You Now Train - Hey Soul Sister

Isnin, November 28, 2011

Teknologi Satelit Masa Kini - Yang Anda Tahu Dan Mungkin Tidak Tahu..


Malaysia, 28 Nov 2011 - Pernahkah anda terfikir bahawa Teknologi Satelit di negara kita masa kini hanya memberi keuntungan berganda kepada pemilik konsesi penyiaran seperti "Astro". Bagi anda yang menjadi pelanggan mereka, ianya menjadi suatu kemestian yang dilihat sebagai "terpaksa" kerana tidak ada cara dan jalan lain atau tiada pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan siaran Television. Tetapi bagi sesetengah penduduk yang mempunyai hobi mendapatkan siaran TV percuma, mereka terpaksa memberanikan diri untuk menghadapi risiko dengan memasang alat penerima siaran Parabola mereka sendiri yang mana alat ini diwartakan sebagai tidak dibenarkan penggunaannya di negara kita atas sebab-sebab tertentu. Alat Parabola ini biasanya berukuran 4 hingga 10 Meter ukurlilit bulatannya.

Hari ini saya akan memperkatakan tentang sesuatu penemuan baru untuk difikirkan bersama. Kita menyedari dengan kenaikan tinggi bayaran bulanan langganan Astro, mungkin ramai yang sedang berfikir untuk mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan atau mahu memprotes secara diam-diam. Salah satu alternatif terbaik untuk mengurangkan beban perbelanjaan bulanan anda adalah dengan mencuba sesuatu seperti gambar di bawah. Yang pasti ianya tidak menyalahi undang-undang atau peraturan kerana ukurannya tidak melebihi ukurlilit yang dibenarkan.

Berikut adalah modifikasi untuk mendapatkan siaran percuma gelombang C-Band dengan piring Astro.


Manakala yang ini pula adalah dengan menggunakan perkakasan tulin Astro terutamanya Piring dan LNB. Kita mampu mendapatkan siaran percuma melalui gelombang Ku-Band.


Pendek kata anda tidak perlu pun memasang Parabola berukuran besar yang selama ini ditegah penggunaannya. Cukup dengan piring Astro, LNB asal (Ku-Band) atau sedikit penambahan LNB (C-Band) dan yang penting sekali adalah alat penerima (FTA Reciever) yang boleh menerima gambar/siaran percuma dari satelit-satelit Asia seperti Korea, Taiwan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan lain-lain. Cubalah... Berani berusaha, tetap ada kejayaan.

20 ulasan:

de engineur berkata...

Macamana mau kasi tune tu? Ada receiver khas kah atau mana2 pun buli pakai?

Williborn berkata...

Mau pakai receiver FTA (Free To Air) punya jenis juga pasal receiver Astro kena tune khas untuk Astro sahaja. Maksud saya software Astro tidak boleh diubah-ubah atau tidak boleh kena edit sudah... Buli beli dari ebay.. ebay Malaysia pun ada jual juga..

Unknown berkata...

cuba terangkan lebih lanjut tentang benda ni sebab kurang faham balas jer kat fb sahadandsahak@yahoo

Tanpa Nama berkata...

Free for all, All for free....

Tanpa Nama berkata...

Free for all, All for free....

Williborn berkata...

Untuk pengetahuan, di ruang angkasa kita (Asia) memang terdapat begitu banyak Satelit-satelit yg aktif dan diletakkan di garisan @ Orbit yg boleh kita terima siarannya secara percoma atau yg dikenali sebagai FTA (Free-To-Air). Contohnya ialah NSS6 (Thailand), ST2 (Taiwan), Palapa (Indonesia), Vinasat1 (Vietnam), SES7 dan lain2. Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada liputan signal yg dikenali sebagai "Satelite Beam". Maksudnya mana2 satelite yg terletak berhampiran tempat dimana lokasi kita berada boleh menerima siaran satelit2 berkenaan. Untuk menerimanya, Cekra parabola/Parabola Dish harus dihalakan kearah satelit2 tersebut dan anda boleh menerima lebih 500 saluran percuma (FTA) dengan bantuan Rotor/Disequence yg akan menggerakan secara automatik kearah lokasi Timur dan Barat. Untuk gambaran yg lebih jelas, saya akan kongsi di artikal yg akan datang.

Unknown berkata...

Saya ada receiber ipm pro 3 boleh dapat signal atau tidak Nss6 d area penampang sabah mnggunkan piring astor sedia ada mohon bantuan

Unknown berkata...

Saya ada receiber ipm pro 3 boleh dapat signal atau tidak Nss6 d area penampang sabah mnggunkan piring astor sedia ada mohon bantuan

Ismaalnizamrie berkata...

kalau disabah kena guna piring parabola 6 feet untuk dpt guna IPM pro hd 3 tembak ke satelite Thaicom 5/6

Naz berkata...

Di kuching sarawak boleh dapatkan NSS 6 guna piring astro tak?...mohon bantuan

yorks yorks berkata...

assalamualaikum......sy tinggal di kawasan hilir perak.2 hari lepas sy ada track nss6....dapat lock channel tp semuanya berbayar dan perlukan biss key.....adalah siaran fta ada dalam KU band kerana kebanyakannya guna C band freq kecuali ninmedia yg mmg sy sedang guna sekarang.

Unknown berkata...

Rasanya banyak fta ku band...garmedia kat measat...nss6...thaicom...kat semenanjung rasanya beam macam2 satelit still cover...untuk sabah dan sarawak kena guna dish solid 100 cm atau lebih...atau dish mesh 6 kaki atau lebih besar...

Hussin Bin Idris berkata...

Saya tengah mencari dish 100cm dimana ada jual .Di Sabah siapa ada maklumat bagi tahu daya di hussiniddis@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya tahu dah berapa lama bermain dengan satelit, satelit mana dapat tracking dengan lnb c band saiz piring astro tu?..maaf..setahu saya saiz 120cm keatas baru tracking c band berjalan lancar..astro baru 65cm..tolang beri penjelasan

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dulu la satelit Telkom lupa dh nombor berapa, ada gelombang C-Band dari Indonesia tapi berbayar/c-line. Boleh guna piring Astro dgn lnb C-Band sebab beam kuat. Pay TV kan. ST-2 pun ada jugak. Skrg dh xde.

Unknown berkata...

Saya dah berjaya dpt siaran pecuma dr asiasat9 byk sgt siaran, puas hati dgn mungunakan piring astro. Mytv pun dpt

Unknown berkata...

salam..bagaimna boss cra nk dptkn siaran tu.sya guna receiver nex parobola knpax xdpt ya.no signal kata.sya gunakn piring astro yg sedia ada.mhon bantuannya bos.tq

Unknown berkata...

Nex parabola menggunakan satelit ses9 utk kuband ...boleh menggunakan dish astro utk langgan pakej siaran yg anda minat boleh langgan melalui shopee

Faizal berkata...

Perkhidmatan Tembak Satelit Area KL

+601131811832

Unknown berkata...

Kebetulan saya tgh cari siaran untuk myTV saya pakai dekoder botato,antena tv digital saya Thai sat tapi x dapat langsung siaran puas dok cari2 siaran btw saya dok kawasan pendalaman jauh dari pencawang ada pun pencawang Line fon kebetulan kat umah ada piring Astro beyons dah 2 bulan x berbayar dah x mampu nak nanggung bil bulan-bulan so boleh ke pakai piring Astro tu tanpa lakukan perubahan kat dish tu ..mohon bantuan korang yg arif dalam hal NIE Sya kurang arif tq😊