
Malaysia, 28 Nov 2011 - Pernahkah anda terfikir bahawa Teknologi Satelit di negara kita masa kini hanya memberi keuntungan berganda kepada pemilik konsesi penyiaran seperti "Astro". Bagi anda yang menjadi pelanggan mereka, ianya menjadi suatu kemestian yang dilihat sebagai "terpaksa" kerana tidak ada cara dan jalan lain atau tiada pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan siaran Television. Tetapi bagi sesetengah penduduk yang mempunyai hobi mendapatkan siaran TV percuma, mereka terpaksa memberanikan diri untuk menghadapi risiko dengan memasang alat penerima siaran Parabola mereka sendiri yang mana alat ini diwartakan sebagai tidak dibenarkan penggunaannya di negara kita atas sebab-sebab tertentu. Alat Parabola ini biasanya berukuran 4 hingga 10 Meter ukurlilit bulatannya.
Hari ini saya akan memperkatakan tentang sesuatu penemuan baru untuk difikirkan bersama. Kita menyedari dengan kenaikan tinggi bayaran bulanan langganan Astro, mungkin ramai yang sedang berfikir untuk mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan atau mahu memprotes secara diam-diam. Salah satu alternatif terbaik untuk mengurangkan beban perbelanjaan bulanan anda adalah dengan mencuba sesuatu seperti gambar di bawah. Yang pasti ianya tidak menyalahi undang-undang atau peraturan kerana ukurannya tidak melebihi ukurlilit yang dibenarkan.
Berikut adalah modifikasi untuk mendapatkan siaran percuma gelombang C-Band dengan piring Astro.

Manakala yang ini pula adalah dengan menggunakan perkakasan tulin Astro terutamanya Piring dan LNB. Kita mampu mendapatkan siaran percuma melalui gelombang Ku-Band.

Pendek kata anda tidak perlu pun memasang Parabola berukuran besar yang selama ini ditegah penggunaannya. Cukup dengan piring Astro, LNB asal (Ku-Band) atau sedikit penambahan LNB (C-Band) dan yang penting sekali adalah alat penerima (FTA Reciever) yang boleh menerima gambar/siaran percuma dari satelit-satelit Asia seperti Korea, Taiwan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan lain-lain. Cubalah... Berani berusaha, tetap ada kejayaan.


Orang-orang Arab terkenal dengan kekayaan mereka dari segi Wang dan harta-benda. Tidak hairanlah mereka mempunyai makanan sebanyak ini bila berpesta.....
Apabila ada kenduri-kendara, makanan disediakan secara "Mega" dan berlambak untuk jamuan berramai-ramai....
Mereka akan menghidangkan makanan dalam sebuah bekas yang amat besar dan makan bersama-sama sambil bersembang-sembang......
Lebihan makanan selepas pesta dibuang ke padang gurun sedangkan di luar sana masih ada manusia yang kelaparan disebabkan kekurangan makanan malah ramai yang sedang menunggu maut - mati kelaparan.
Kesian kanak-kanak ni....Sesungguhnya orang-orang yang kaya-raya di seluruh dunia dapat bersimpati dan membantu golongan daif seperti mereka...maka dunia ini akan kita rasa semakin 'Indah'.










