
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa kaum lelaki juga mempunyai minat yang sama tentang bunga-bungaan malah ada golongan ini yang lebih arif tentang penanaman dan penjagaannya serta amat kreatif daripada wanita dari segi lanskap dan gubahan hiasan seperti yang sering kita lihat di kaca TV atau diterbitkan dalam majalah.Untuk peminat-peminat seni, lain pula halnya. Rata-rata mereka mengabadikannya dalam lukisan atau dengan lensa kamera (Gambar) dimana bunga tersebut dijadikan sebagai penghias dinding ataupun dibukukan. Bunga juga sering dikaitkan dalam kata-kata, syair, puisi dan pantun.

Dalam tidur, adakah anda pernah bermimpi tentang anda sedang berada di suatu kawasan padang luas yang mempunyai bunga-bungaan yang cantik-cantik warnanya?....dan anda seorang sahaja yang sedang berdiri disitu tanpa melihat seorang pun manusia berdekatan dengan anda atau berada disekitar padang bungaan yang begitu tenang dan damai. Secara ikhlas, saya ingin berkongsi dengan kekawan blogger semua bahawa mimpi seperti ini pernah saya alami beberapa tahun yang lepas dan syukur kerana tiada apa-apa kejadian aneh yang berlaku terhadap saya mahupun seluruh keluarga selepas mimpi tersebut kerana ada orang-orang yang arif menterjemah tentang mimpi mengatakan bahawa sesuatu yang mungkin tidak baik atau kejadian buruk akan berlaku disebalik mimpi sedemikian.
Hakikatnya, sampai kehari ini saya percaya dan menganggap ianya sebagai sesuatu yang indah tentang Roh dimana saya berjaya sampai ke alam sedemikian walaupun hanya dalam mimpi. Syukur kepada Tuhan yang Esa kerana atas limpahan kurnianya manusia diberi peluang untuk terus sedar dan bertobat tentang ketamakkan atau kelalaian..PEACE..