Labuan: 10 Mac 2009 - Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) Datuk Suhaili Abdul Rahman dipetik sebagai berkata bahawa Jambatan menghubungi Labuan dan tanah besar Sabah akan direalisasikan tidak lama lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa cadangan jambatan Labuan-Sabah akan menjadi kenyataan. Beliau berkata demikian kepada pemberita dimana laporan penuhnya menjadi tajuk utama muka depan Suratkhabar tempatan iaitu "Daily Express" pada 7 Mac 2009.
Kos pembinaan jambatan tersebut dianggarkan melebihi 1 Billion dan dijangka siap dalam tempoh 5 tahun. Kerajaan mencadangkan bahawa ianya sebagai insiatif pihak sewasta/sektor sewasta dan dianggarkan menelan belanja sebanyak RM550 juta iaitu sejauh 15 batu nautika. Pembinaan jambatan ini juga tidak menjejaskan status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai (Free Duty) kerana Kastam, Imigrasi dan kuarintin masih dikekalkan dan ditempatkan di pintu masuk utama jambatan ini kelak.
Berita tentang cadangan ini disambut baik oleh kedua-dua pihak (Sabah dan Labuan) khususnya
mereka-mereka yang sering berurusan atau berulang-alik ke Labuan untuk tujuan perniagaan, persekolahan ataupun berkerja. Juga difahamkan bahawa ianya akan menaikkan dan merancakkan lagi ekonomi di pulau ini disamping meningkatkan bilangan pelancong yang datang melalui Sabah. Kapasiti pelancong/pelawat dan bilangan kenderaan yang keluar-masuk ke Labuan setiap hari begitu banyak menyebabkan perkhidmatan feri sedia-ada iaitu feri "Wawasan" menghadapi kesukaran untuk memberi perkhidmatan yang sempurna dan memuaskan.
Terlalu ramai yang mengeluh dan marah kerana perkhidmatan ini gagal memenuhi kehendak pelanggannya. Bayangkan bahawa jika anda hendak pergi ke Menumbok atau sebaliknya, anda terpaksa menempah tiket pelayaran lebih awal (Seminggu sebelum perjalanan bagi hari-hari biasa dan sebulan/dua bulan lebih awal bagi perjalanan pada hari-hari perayaan atau cuti sekolah). Bagi kes-kes kecemasan sekiranya tempahan feri sudah penuh, mereka terpaksa "Waiting List" dan menyerahkan kepada nasib samada terdapat kekosongan ataupun sebaliknya. Mereka-mereka ini terpaksa menunggu berhampiran dengan Jetti dengan berbaris panjang dari pagi hingga ke tengah hari dan sampai ke petang selagi masih tiada kekosongan. Ada kalanya terus menunggu hingga ke malam jika terdapat feri tambahan berikutnya terutamanya pada hari perayaan.
Bayangkanlah jika perjalanan tersebut membabitkan satu keluarga...Tidakkah anak-anak kecil meraung kepanasan, kelaparan dan kepenatan...Tidakkah mata yang sudah berjalan jauh mula mengecil hendak tidur kerana keletihan.. Dimana tempat untuk berehat dan tidur sementara menunggu... di dalam kereta?...PANASSSSS dan jika tingkap dibuka, sang nyamuk-nyamuk akan terus menerpa, menyerang dan terus melahap..(Terutamanya di Menumbok). Mau cari tempat penginapan....Tiada Hotel dan Rumah tumpangan pula tidak mencukupi...
Maka inilah yang sepatutnya didengar dan dilihat oleh para YB-YB, Kementerian dan pemerintah (Kerajaan) khasnya. Jangan ada kepentingan peribadi.......... jangan ingat "Sudah menang dalam pilihanraya" sudah memadai dan menjamin kamu sebagai YB.......jangan membelakangi pengundi-pengundi.... jangan sampai "Kera dihutan disusukan, Anak digendong mati kelaparan"..