Labuan 04 Dis 2008 - Ungkaian kata-kata diucapkan dari bibir kebibir seseorang yang digelar maha pengagum dan pencinta keindahan alam sedar atau nyata bahawa dunia serta cekrawala sering berkait-rapat dengan kehidupan kita. Ianya menjelaskan kepada kita bahawa semuanya adalah dalam kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa dimana setiap saat dan detik waktu berjalan dalam sekelip mata ada tanda-tanda atau kata-kata yang menjadi simbolik tanpa kita ketahui.
Dalam kehidupan pra-sedar iaitu selepas sahaja seseorang itu dilahirkan (Bayi), disitu sudah pun ada tanda-tanda keindahan dalam kehidupan. Ibubapa biasanyalah yang dapat merasakannya disaat itu.Selepas kita mencapai tahap sedar iaitu sewaktu kita sudah mulai melihat dan mengenal objek dan warna, disitulah bermulanya erti keindahan bagi seseorang yang digelar Manusia.
Tetapi perasaan pada saat ini masih terhad dan dipanggil suatu garis permulaan kepada alam nyata yang sebenar. Walaupun ianya hanya tertumpu kepada pandangan sekitar bawah, depan, sisih dan belakang namun sudah cukup untuk seseorang itu menilai sebuah kehidupan di dalam dunia.
Semakin hari semakin jauhlah pandangan kita dan dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun memang banyaklah yang kita pelajari. Melalui ujian kehidupan yang kadangkala seimbang dan ada kalanya menjadi tidak seimbang menjadikan kita semakin bingung. Bagaimanakah kita boleh membaca sesuatu yang belum terjadi atau mungkin bakal berlaku pada kehidupan kita? Ada yang sanggup jumpa Bomoh, Pergi ke Tapeikong atau meminta bantuan orang pandai-pandai. Konon mahu tengok nasip atau Fengsui.
Sebenarnya jika kita meneliti dan memerhati di sekeliling atau sekitar kita seperti memahami alam Tumbuh-tumbuhan, Pokok-pokok, batu, gunung-ganang, Bukit-bukau dan Awan kita boleh menemui jawapannya di sana. Semua objek-objek ini boleh menerangkan sesuatu tentang erti kehidupan di dunia kepada kita. Jikalau kita tidak memusnahkannya, mencemarkannya dan mengubah kedudukannya sudah pasti kita akan merasakan keindahan yang abadi disepanjang hayat kita. ...Yelah,. yang paling utama adalah pengabdian & kepercayaan kita terhadap Yang Maha Kuasa iaitu Tuhan maka segala-galanya akan bermula dan berakhir dengan indah.
3 ulasan:
Pengamatan yang mendalam dan pertimbangan yang menyeluruh akan memberikan kita kefahaman yang hakiki tentang fenomena kehidupan, dunia dan akhirat....
betul tu MS...lawa pula awan gemawan 2 kan...
Makaseh... Bentara Sakti & Lala, seharusnya kita senantiasa peka dengan alam nyata selagi kita bernyawa...
Catat Ulasan