Lokasi para pengunjung global di Blog ini

Easy Money With One Click

Dish Pointer - Untuk anda yang mempunyai hobi memasang FTA Satellite Dish. Sila taip lokasi anda.

Musik Latar Blog Williborn@Sinsilog.Blogspot.Com

Video Klip Pilihan 2010

Shakira - Waka Waka (This Time For Africa) Iyaz - Solo Justin Bieber - Baby Lady Antebellum - Need You Now Train - Hey Soul Sister

Isnin, November 28, 2011

Teknologi Satelit Masa Kini - Yang Anda Tahu Dan Mungkin Tidak Tahu..


Malaysia, 28 Nov 2011 - Pernahkah anda terfikir bahawa Teknologi Satelit di negara kita masa kini hanya memberi keuntungan berganda kepada pemilik konsesi penyiaran seperti "Astro". Bagi anda yang menjadi pelanggan mereka, ianya menjadi suatu kemestian yang dilihat sebagai "terpaksa" kerana tidak ada cara dan jalan lain atau tiada pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan siaran Television. Tetapi bagi sesetengah penduduk yang mempunyai hobi mendapatkan siaran TV percuma, mereka terpaksa memberanikan diri untuk menghadapi risiko dengan memasang alat penerima siaran Parabola mereka sendiri yang mana alat ini diwartakan sebagai tidak dibenarkan penggunaannya di negara kita atas sebab-sebab tertentu. Alat Parabola ini biasanya berukuran 4 hingga 10 Meter ukurlilit bulatannya.

Hari ini saya akan memperkatakan tentang sesuatu penemuan baru untuk difikirkan bersama. Kita menyedari dengan kenaikan tinggi bayaran bulanan langganan Astro, mungkin ramai yang sedang berfikir untuk mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan atau mahu memprotes secara diam-diam. Salah satu alternatif terbaik untuk mengurangkan beban perbelanjaan bulanan anda adalah dengan mencuba sesuatu seperti gambar di bawah. Yang pasti ianya tidak menyalahi undang-undang atau peraturan kerana ukurannya tidak melebihi ukurlilit yang dibenarkan.

Berikut adalah modifikasi untuk mendapatkan siaran percuma gelombang C-Band dengan piring Astro.


Manakala yang ini pula adalah dengan menggunakan perkakasan tulin Astro terutamanya Piring dan LNB. Kita mampu mendapatkan siaran percuma melalui gelombang Ku-Band.


Pendek kata anda tidak perlu pun memasang Parabola berukuran besar yang selama ini ditegah penggunaannya. Cukup dengan piring Astro, LNB asal (Ku-Band) atau sedikit penambahan LNB (C-Band) dan yang penting sekali adalah alat penerima (FTA Reciever) yang boleh menerima gambar/siaran percuma dari satelit-satelit Asia seperti Korea, Taiwan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan lain-lain. Cubalah... Berani berusaha, tetap ada kejayaan.