Labuan, 21 May 2009. Jabatan Pengangkutan Jalan atau lebih dikenali sebagai JPJ adalah sebuah badan/agensi kerajaan yang bertanggungjawab tentang bidang penguatkuasaan undang-undang semua jenis pengangkutan jalan seperti Kereta, Motosikal, Bas, Pickup, Lori muatan kecil/sederhana, Lori muatan besar, Lori panjang atau lebih dikenali sebagai 'Trailler' dan apa jua kenderaan yang menggunakan jalanraya kecuali Basikal.Antara penguatkuasaan yang sinonim kepada kita sebagai pemandu adalah seperti Lesen Memandu, Lesen pengangkutan (GDL), Cukai Jalan Kenderaan dan Kad Pendaftaran Kenderaan. Selain dari itu, mereka juga berkerjasama dengan PUSPAKOM dan pihak Polis Terafik dalam hal-hal yang berkaitan dengannya. Dalam kiriman saya kali ini, saya ingin mengutarakan sedikit tentang Kebaikan dan keburukan bila ada sekatan JPJ seperti dalam gambar yang saya ambil dengan HP (kamera digital terlupa bawa...) dan terlebih dahulu ingin meminta maaf sekiranya gambar tersebut kurang memuaskan.
Van di hadapan sedang berusaha memotong kenderaan lain tanpa sebab yang diketahui...mungkin pemandu /penumpang sudah terlewat dan ingin sampai ke destinasinya secepat yang boleh. Tindakan seperti ini boleh mengundang kemalangan kerana menukar lorong dengan tiba-tiba tanpa memasang "Signal"....Boleh dikategorikan sebagai pemandu yang tidak berdisiplin.Kebaikan Sekatan;1. Mengingatkan kita bila tempoh Lesen Memandu luput.
2. Bila Cukai jalan Luput.
3. Memastikan keadaan kenderaan kita selamat untuk digunakan di Jalanraya.
4. Mengurangkan sifat ingin berlumba di Jalanraya (Memandu terlalu laju).
5. Memastikan keselamatan diri kita (Pemandu) dan orang lain (Penumpang & Pejalan Kaki).
6. Patuh akan peraturan dan undang-undang (Had laju, penggunaan Tali Pinggang Keselamatan dan sebagainya).
7. Pesalah jalanraya dapat dikurangkan.
8. Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan rasa tanggungjawab.
Beginilah keadaannya bila sekatan tersebut dibuat..Kedua-dua lorong terus jadi sesak sehingga mencapai jarak sejauh 500 meter..... di Selekoh pula tu... memang tidak kena pada tempatnya.Keburukan Sekatan;1. Sekatan tidak kena pada tempat dan masa.
2. Sekatan selalu dibuat pada tempat yang tidak kelihatan dari jauh terutamanya selekoh.
3. Tiada papan tanda amaran atau papan tanda pemberitahuan pada jarak yang sepatutnya.
4. Kederaan yang di hadapan tiba-tiba menekan Brek dan membuatkan kita cemas di belakang.
5. Sering menyebabkan kenderaan di belakang melanggar kenderaan di hadapan.
6. Keadaan sesak kerana tiada jalan pintas/simpang alternatif untuk dilalui.
7. Ramai pekerja akan terlambat untuk sampai ke pejabat untuk bertugas.